Sulit
5 tahun
Nak kencing susah tapi untuk sekali sahaja
Saya lelaki berumur 24thn…sejak semalam saya tiba2 alami susah nak kencing ambil masa dua tiga kali masuk tandas baru boleh keluar…perkara ini terjadi lepas saya berbuka puasa…kemudian baru saya boleh kencing… saya mendapati air kencing elok sahaja jernih kuning sikit sahaja…xde sakit selepas kencing…tapi harini elok pulak mcm biasa xde masalah hendak susah kencing apakah masalah yg saya hadapi…selama ini saya ade makan vitamin C tambahan tetapi dah stop lebih seminggu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































