
Sulit
3 tahun
Nak mengandung selepas BTL
Saya sudah bercerai Dan telah menjalani proses BTL selasa czer anak kedua. Selasa mengandung anak kedua, sy placenta previa type 3… semasa operation doctor mntk izin utk ikat sy Dan sy tak NK. Tetapi doctor buat jugak Tanpa kebenaran suami, Alasan mereka sebab Rahim saya DH nipis. Permaslaahn sekarang sy akan berkahwin baru. Dan bakal suami NK sy mengandung, die Minta sy carik kaedah yg blh Bantu sy mengandung. Krn bakal suami sy bujang lagi. Teringin NK anak sendiri.
Saya berumur 34tahun.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sekiranya anda ingin mengandung lagi, BTL boleh dibukakan tetapi kadar kejayaannya bergantung pada beberapa faktor, contohnya:
- Teknik BTL diperolehi
- Kepanjangan saluran fallopio
- Kesihatan ovari, rahim dan tisu dalam
- Umur, berat badan
- Hormon
Faktor-faktor ini memang penting untuk kejayaan dan kesesuaian anda menerima proses pembukaan BTL.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu Dan Anak (Obstetrician).