
Sulit
4 tahun
Nak minta pencerahan doctor tentang perbezaan ubat hipertensi
Hi doc, saya hardi Sudeni berumur 24th nak ingin mintak pencerahan sedikit. So saya ada hipertensi, sebelum ni saya ada medical check up dekat klinik, doctor tu bagi saya ubat (zynor 5mg) lepas 2 minggu saya check up balik dekat klinik berbeza, tensi saya still tinggi lagi and doctor tu bagi tau saya suruh minum ubat (zynor 10mg)
So tadi saya ada order ubat dekat website doctor on call ni (zynor 10mg)
Nak tanya dok, berapa kali sehari saya nak minum ubat ni?
Thank you doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, ubat ini diambil sekali sehari sahaja kerana dos maksimum untuk orang dewasa adalah 10mg. Namun, perlu dapatkan nasihat dariapda doktor yang merawat anda kerana kami tidak mempunyai maklumat lengkap serta tidak dapat melakukan pemeriksaan fizikal ke atas anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.