
watisyawati26
4 tahun
Nak pitam lepas bangun dari duduk@ bercangkung
Hi doc,sy wanita berusia 25 tahun, setiap kali bangun dari duduk, sy jd pening dan nak pitam. Kenapa boleh jd macam ni?Adakah keadaan ni bahaya dan serius?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hypotensi ortostatik (orthostatic hypotension)
- Tekanan darah rendah
- Kurang gula dalam darah
- Dehidrasi
- Masalah mata
Berkenaan hypotensi ortostatik, ia merupakan keadaan di mana tekanan darah seseorang itu turun/ menjadi rendah mengikut posisi seperti duduk, baring ataupun meniarap. Hal akan meneyebabkan pesakit berasa ingin pitam, kabur penglihatan, lemah badan ataupun pening kepala. Namun begitu, pemeriksaan terperinci, sejarah sakit serta hal-hal perubatan lain perlu untuk diambil kira sebelum mendapatkan konklusi/diagnosis tentang masalah anda.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.