
Sulit
5 tahun
Nak stabilkan hormon balik
Saya nak tanya dekat mana-mana klinik boleh chek hormon stabil ke tak. Sebab saya rasa hormon saya tak stabil makan pil perancang.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Wanita yang mempunyai masalah hormon tidak stabil akibat daripada pengambilan pil perancang kehamilan adalah kitaran haid tidak stabil, perubahan emosi dan lain- lain. KItaran haid yang tidak stabil juga boleh disebabkan kesan sampingan ubat pil perancang anda dan merupaka perkara biasa. Oleh itu, maklumat lanjut seperti simptom tambahan diperlukan oleh pakar perubatan sebelum memberi keputusan rawatan. Anda tidak semestinya perlu menjalankan ujian darah untuk mengetahui jika mengalami ketidakstabilan hormon atau tidak.
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.