
Sulit
5 tahun
Nak tahu adakah tanda awal kehamilan ataupun penyakit lain
saya wanita yg sudah berumur 29 tahun…saya sudah berkahwin baru 5 bulan…jadi saya ingin bertanya…period buln 9…saya datang period hanya 4 hari sahaja…hari ke 4 tu cuma keluar spoting coklat…hari ke 5,6,7 tiada lgi keluar spoting…terus kering…jadi pada waktu itu saya merasakan nyeri belah kiri…nyeri tu sekejup2…sampai ke tulang belakang dan tulang punggung…ada waktunya saya terasa berdenyut2 di rahim belah kiri saya…belah kanan berdenyut juga tapi xsekuat belah kiri…denyutan tu tidak sakit bagi saya…sehingga sekarang saya merasakan denyutan tu…ada masa saya rasa mual…sembelit…adakah itu normal atau petanda awal kehamilan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Sekiranya anda datang haid, kemungkinan mengandung adalah rendah. Petanda kehamilan adalah ketidakdatangan haid, payu dara rasa tegang dan sakit, kerap berasa loya dan ianya haruslah dipastikan dengan ujian kehamilan.
Jikalau anda didapati mengandung dan pendarahan berlaku, ianya boleh disebabkan oleh beberapa punca iaitu keguguran kandungan, hamil anggur (boleh juga menyebabkan perasaan loya dan kerap muntah) atau ectropion serviks.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.