Sulit
5 tahun
Nak tanye…bahagian rongga kiri sy nmpk mcm ada1 benjol
Sy nk tanye…bahagian rongga kiri sy nmpk mcm ada 1 benjol knp ye…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Kami tidak memahami apakah yang anda maksudkan dengan rongga. Rongga merupakan bahagian organ manusia yang berlubang. Ia boleh menjadi rongga hidung, rongga mulut, rongga toraks dan sebagainya.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





































