
Sulit
4 tahun
Nak tanye pasal ubat jenis sublingual
Sy wanita 31 tahun dn menghidap bipolar disorder. Sy nk tanye pasal ubat jnis sublingual. Skrang sy mkan ubat saphris asenapine. Tpi sy x ikut cara yg betul dgn meletakkan kt bwah lidah. Sy x tahan kesan peningnya trlalu kuat. Sbelum ni sy dh tukar 3 jnis ubat mood stabilizer. Sy segan nk mntak tukar ubat lagi. Jdi skrang sy mkan dgn cara telan ubat tu. Soalan nya sy nk tanye adakah bahaya untk perut ble sy telan ubat tu? Trima ksih dokter…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala-gejala dari gangguan psikiatri sememangnya memerlukan kaedah rawatan yang berbeza dari satu individu ke individu yang lain. Justeru, pihak kesihatan sangat terbuka dalam melayani sekiranya terdapat walau sekecil apa pun ketidak serasian dalam pengubatan yang telah diberikan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Yang jelas, bagi mendapatkan rawatan yang terbaik, anda perlu tampil kehadapan dan memberikan pandangan sejujurnya kepada doktor anda. Tahniah kerana anda telah melaksanakan langkah yang betul dengan bertanyakan hal tersebut disini. Namun bagi memastikan luahan ini benar-benar berhasil anda tetap perlu merujuk kepada tenaga pakar (perubatan psikologi).
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan semasa dengan ahli keluarga
- hindari mengambil ubat yang dapat mencetuskan kesan sampingan yang kuat dan menganggu
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan yang dapat memicu gangguan bipolar sementara belum dapat berjumpa dengan doktor anda
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan dari klinik / hospital / doktor psikiatri anda
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.