
Sulit
3 tahun
Nak tau itu gejala apa
Sy sdh kwin dn punya ank 1…umur 35 thn. 10/3 sy mgalami keguguran…sjak kguguran sakit bhgian kiri perut sy sering brlaku…dn ada cek dgn doktor. Mreka memberi sy antibiotic dn utic utk jangkitan kencing kotor. Abis makan ubat tu.,sakit x dtg tp baru² ni 26/6 sakit bhgian tu dtg balik saat sy bersama suami… Buang air kencing ok sja sy rasa… Apa ka itu??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh anda, kami memahami anda mengalami sakit perut pada bahagian kiri yang kerap.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya :
- Jangkitan buah pinggang
- Jangkitan saluran air kencing yang berulang
- Penyakit batu karang
- Pelvic inflammatory disease
- Jangkitan pada sistem reproduktif
Anda perlu rujuk kepada doktor supaya masalah anda dapat disiasat puncanya dan rawatan yang tepat boleh diberikan mengikut punca masalah.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.