
Sulit
5 tahun
Nak thu hamil ka tidak
ASalam sy nk tny sy pnya kitaran haid tdk teratur …sy dtg haid hr tu 1.11.2019
Tpi skrg sy rsa mcm mual2 …Ngn pening2…da ka itu tnda sy hamil

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Memandangkan haid terakhir datang pada 1/11/2019, sehingga ke hari ini sudah hari ke-20. Justeru, haid anda masih berada dalam batas normal dan anda belum lewat haid.
Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan).
Untuk info dan keterangan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.