
Sulit
3 tahun
Nampak dada berdebar
Saya berumur 18 thun… Ada gastrik… Slelu panik…normal kah kalau dada berdebar… Dan boleh dilihat dari luar… Sebelah kiri

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, sekiranya badan seseorang terlalu kurus, maka pergerakan denyutan jantung pada dada kiri wajar dilihat. Perkara ini adalah normal dan tidak perlu dirisaukan bagi orang yang kurus.
Namun, anda dinasihatkan untuk sentiasa memantau gejala anda dan berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami sebarang gejala yang mengganggu seperti sakit dada, kesukaran bernafas, rasa hendak pitam atau gejala jantung berdebar-debar yang semakin berlarutan.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.