
Sulit
3 tahun
Nampak flash bawah mata
saya wanita 21 tahun. saya mempunyai rabun mata dan power 500 dan ke atas dan sudah hampir 3 tahun tak tukar spek dan tambah power. saya kerap ternampak cahaya putih seperti flash pada bahagian bawah mata kiri saya. Saya juga kerap mengalami sakit kepala tapi tidak begitu serius. adakah perkara ini disebabkan saya dah lama tak tukar spek atau sebaliknya? adakah ini satu penyakit berbahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami anda sudah lama menggunakan cermin mata rabun jauh berkuasa 500 dan sekarang mengalami sinaran cahaya putih serta sakit kepala . Kami akan cuba untuk membantu anda.
Kami mencadangkan agar anda mendapatkan temujanji dengan optometrist bagi menyemak rabun silau. Dari pemahaman kami, masalah light flashes atau fotofobia serta sakit kepala lebih memihak kepada migrain.
Langkah yang boleh anda ambil adalah:
- menyediakan diari migrain
- mengurangkan waktu skrin dengan berehat setiap 20 minit
- rehat selama 20 saat apabila memandang skrin terlalu lama
- berehat dengan memandang benda sejauh 20 kaki
Jika langkah ini masih menyebabkan masalah sama, sila rujuk perkara ini kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.