
Sulit
3 tahun
Nanah berdekatan dubur
Hai saya 23 tahun saya ingin bertanya saya sudah 2 tahun merasa kan ade nanah berdekatan dubur saya. Kadang2 membengkak dan ketika itu terasa sakit dan susah berjalan. Sekiranya lepas membengkak dia akan pecah dan keluar nanah dan ketika itu saya tidak rasa sakit. Namun nanah tetap keluar. Saya sudah berjumpa dengan doktor namun doktor kata hanya kuman di sebab kan bahagian tu kotor dan saya tidak cuci dengan betul. Namun saya sentiasa pastikan bahagian tu bersih tapi tetap ade. Adakah ni disababkan faktor berat badan atau sebaliknya

3 tahun
Salam sejatera dan terima kasih atas persoalan anda.
Kami memahami anda mengalami gejala nanah berdekatan dubur secara kerap. Kami akan cuba memberikan penjelasan mengenai masalah anda.
Seperti yang dinasihati oleh doktor anda, jangkitan kuman merupakan punca utama bagi kemunculan nanah berdekatan dubur. Namun begitu, terdapat beberapa faktor risiko yang boleh menyumbang kepada jangkitan kuman yang kerap.
Antaranya :
- Obesity
- Merokok
- Masalah kencing manis
- Sistem imun yang lemah
Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk merujuk doktor bagi mengenal pasti punca kemunculan nanah berdekatan dubur yang kerap, lalu mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Anda juga boleh menghubungi doktor atas talian kami untuk mandapatkan maklumat yang lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila tekan link ini untuk bercakap dengan doktor.