
Sulit
3 tahun
Nanah dan kelenjar bengkak
saya ingin bertanya. kemarin,saya siapkan ank berumur 2tahun 8bulan,saya perasan belakang telinga kanan dia ade kelnjar. 3kelenjar bengkak. bila tanya dia sakit x,dia ckp tidak. saya tekan sikit dia ckp tak sakit. hari ni masa mandi,sy ade rse 1 ketulan dkt atas kepala sebelah kanan. bila selak rambut,ia berbentuk nanah. dn ada kluar nanah. bila tekan dia nangis sebab sakit. ini disebabkan apa ya dokter? anak tidak demam. aktif bermain sperti biasa dan mkn mnom macam biasa. dalam keadaan pandemik ni,saya mgelakkan untuk bawak anak2 keluar kerana bimbang risiko covid. harap sdikit sbanyak jawapan dokter,membantu kegusaran hati ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, benjolan pada belakang telinga kanan anak anda mungkinnya adalah jerawat, sista berminyak, sel minyak atau kekotoran. Jadi dia tidak bergejala, tidak sakit bila benjolan tersebut ditekan atau tidak, mungkinnya tidak berbahaya.
Selain itu, ketulan pada kepala sebelah kanan anak anda yang keluar nanah, sakit bila ditekan mungkinnya disebab oleh jangkitan kulit, keradangan atau jangkitan folikel rambut (folikulitis) dan lain. Anda boleh merujukkan masalah ini kepada doktor untuk menjalani periksaan dan penyelidikkan lanjut untuk mengetahui punca penyebab ketulan bernanah tersebut.
Namun, sekiranya anak anda tidak demam, tidak kerap menangis, aktif, boleh main seperti biasa, makan seperti biasa, buang air kecil dan air besar seperti biasa, mungkinnya anda boleh menunggu beberapa hari, memantaukan perkembangan ketulan anak anda. Sekiranya ketulan tersebut tidak sembuh selepas siap keluar nanah, berair atau tambah besar, sila merujuk kepada doktor dengan lanjut untuk dapatkan rawatan yang sesuai.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.