
Sulit
5 tahun
Nanah keluar dari kemaluan lelaki
Ada nanah keluar di kemaluan. Kencing tak puas dan pedih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala nanah keluar dari zakar serta rasa pedih ketika kencing boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea/klamidia jika anda perbah melakukan hubungan seksual
- Jangkitan saluran kencing
- Batu karang
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.