Sulit
3 tahun
Nasal Congestion (not caused by flu)
Saya wanita 23 thn, saya mengalami hidung tersumbat lebih berbulan2 . Memang dah lama. Hidung saya tersumbat sebelah kiri, bukan sebab selesma. Saya takda selesma langsung. Berlarutan setiap hari. Saya dah try nasal spray, letak minyak putih sekitar hidung(bkesan beberapa minit lepastu tersumbat semula kalau minyak hilang). Saya tak tahu nak pakai ubat apa lagi yang berkesan. Saya tak dpt tidur dgn lena. Ketika tidur, mulut akan terbuka utk bernafas. tolong bgitau ubat yg berkesan
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah hidung tersumbat ini boleh terjadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Alahan
- Penyakit asma
- Polip hidung
- Benda asing di dalam saluran nafas
- Ketumbuhan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.