
Sulit
4 tahun
Nasal spray dan kehamilan
Sy hamil 17 minggu dan masih menggunakan mometasone nasal spray utk rhinitis.sy telah bertanya tentang penggunaan bahan tersebut kpd doktor,dan doktor memaklumkan ia selamat digunakan.namun begitu,perjumpaan saya dengan pakar ent mengatakan sebaliknya dan meminta saya menghentikan apa-apa sahaja yang mengandungi steroid semasa hamil.
Soalan saya,adakah ia akan menyebabkan kesan buruk kpd bayi saya? Saya sangat risau.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, penggunaan mometasone tidak digalakkan dalam kehamilan kecuali jika manfaat penggunaannya melebihi risikonya. Mometasone boleh menyebabkan hypoadrenalism dalam bayi kepada ibu yang menggunakan ubat ini. Selain itu, ibu yang mengalami asthma tidak terkawal boleh menghadapi masalah kehamilan lain seperti pre-eclampsia, bayi kurang berat dan bayi kecil untuk umur. Oleh itu, sebaiknya anda merujuk kepada pakr ibu dan anak serta doktor ENT anda kerana ia merupakan penilaian yang harus diambil oleh kedua-dua kepakaran.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.