
ghafur.rahman
5 tahun
Nasihat berkenaan Covid 19
Assalaamualaikum dan selamat pagi. Saya difahamkan terdapat risiko infeksi bagi yang telah menghadiri ijtimak tabligh di masjid seri petaling sehingga 1 mac yang lepas. Saya telah menunaikan solat jumaat di situ pada 6 mac. Apakah yg perlu saya lakukan? Saya tidak mempunyai apa-apa simptom kecuali batuk ringan. Terima kasih

5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID19. Anda mengahdiri Itjimak tabligh di masjid sri petaling dan telah terdedah pada seorang yang berisiko dijangkiti COVID19. Anda disarankan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini suami anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.Sekiranya suami anda berisiko tinggi, ujian saringan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan perlu dijalankan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini