
Sulit
4 tahun
Neosafe cream antibitok
Boleh ka saya menyapu neosafe cream di buah zakar saya yang gatal? Kerana doktor cakap mungkin saya ada warts di kelamin

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, neosafe adalah ubat untuk merawat penyakit yang disebabkan bakteria dan tidak sesuai digunakan untuk merawat ketuat kerana warts atau ketuat adalah disebabkan oleh virus papillomavirus manusia HPV. Saya sarankan anda untuk menggunakan ubat yang doktor telah berikan untuk anda untuk merawat masalah anda ataupun berbincang dengan doktor anda jika anda inginkan ubat yang berbeza.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.