
Sulit
5 tahun
Nervous secara tiba-tiba
Saya seorang wanita berumur 23 tahun dan seorang pelajar. Setiap kali ada presentation di hadapan orang ramai, kaki saya akan tiba-tiba menggeletar dengan sangat teruk sehingga saya rasa macam nak terjatuh. Tekak saya juga akan terasa kering, tangan berpeluh dan suara saya seakan-akan mahu menangis. Perkara ini berlarutan sejak tahun lepas lagi. Malah saya juga akan terlupa terus apa yang saya ingin katakan ketika presentation itu. Apakah yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Masalah ini berkemungkinan disebabkan oleh stage fright atau performance anxiety . Hal ini adalah perkara biasa yang dialami oleh seseorang.
Untuk mengatasi masalah ini, saya sarankan untuk anda sentiasa berlatih di depan cermin sebelum membuat perbentangan. Lebih baik jika anda boleh berlatih dihadapan beberapa orang kawan anda. Biasakan diri anda dengan pentas. Selain itu tenangkan diri sebelum berucap. Bercakap perlahan-lahan, jangan gelojoh. Namun perkara ini mengambil masa dan latihan yang banyak sebelum anda boleh mengatasi dengan sepenuhnya.
Anda juga boleh berjumpa dengan doktor atau ke farmasi bagi mendapatkan ubat penenang yang boleh diambil sebelum pembentangan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.