Sulit
5 tahun
Nfas bayi bunyi slepas demam
Salam doktor.anak sy baru baik dri demam harini ari keempat … Sy perasan nafas dua bbunyi…dan apabila sy sentuh dada dia…sy dapat rasa bunyi …adakah itu normal?tue d…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan yang perlu ditanyakan serta pemeriksaan yang harus dijalankan bagi mengetahui sama ada ianya normal atau tidak.
Masalah ini berkemungkinan kerana hidung anak anda tersumbat, terdapat sesuatu dia saluran tekak dia atau sebgaianya.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Lebih-lebih lagi jika ia disertai dengan nafas laju, anak anda kurang aktif, tidak mahu menyusu, atau bibir dan jari kelihatan biru.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































