Anonymous
7 tahun
Nifas atau Haid/ Tempoh Berlarutan
Assalamualaikum.
Saya seorang ibu yang baru melahirkan anak pada 14 September 2018 secara Emergency C-Section due to low progress. Genap 6 minggu bersalin saya mengambil perancang depo. Darah nifas saya berlansung lebih 50 hari. Sehari selepas darah nifas saya kering, saya didatangi semula darah yang saya beranggapan haid. Darah berwarna kecoklatan keluar bermula pada 9/11/2018 dan seminggu kemudian darah merah keluar. Amaun darah tidak banyak pada permukaan tuala wanita tapi lama-kelamaan sehingga tarikh hari ini 15/12/2018, amaun darah bertambah banyak dan tidak pernah berhenti. Tiada ketulan-ketulan yang keluar sepanjang terjadinya pendarahan. Adakah saya perlu merujuk doktor @ situasi ini memudaratkan saya?? Adakah ini kesan daripada tidak menjaga pemakanan dan aktiviti semasa berpantang kerana saya agak aktif tempoh 2 bulan pertama
6 tahun
Waalaikumsalam, selamat sejahtera.Terima kasih atas soalan yang diajukan
Berdasarkan keterangan anda, agak sukar untuk membuat kesimpulan mengenai punca pendarahan anda tanpa maklumat dan pemeriksaan lanjut. Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak punca pendarahan tersebut. Dalam perubatan ia dipanggil menorrhagia. Antara penyebabnya adalah:
- Ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Dysfunctional uterine bleeding
- Masalah darah tidak boleh membeku
- Kanser rahim, ovari atau cerviks
- Penggunaan alat pencegah kehamilan di dalam rahim
- Penggunaan ubat -ubatan tertentu
Pendarahan yang banyak dan lama sememangnya boleh memudaratkan. Antara komplikasi yang boleh berlaku dengan cepat adalah kekurangan darah merah atau anemia.
Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk doktor tentang situasi ini agar maklumat lanjut dan pemeriksaan menyeluruh dapat dijalankan. Anda boleh klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Harap membantu. Terima kasih.
































