
Sulit
3 tahun
Nma shamsiah ..unur sya 36thun ..masalah sya period tak dtg
Period tak teratur

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan ini.
Kami faham anda mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur dan akan cuba membantu.
Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dalam kalangan wanita muda ialah gangguan hormon di dalam badan. Kondisi ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya. PCOS merupakan satu lagi punca utama yang menyebabkan berat badan berlebihan, jerawat, ketumbuhan bulu berlebihan di bahagian ketiak dan kelamin serta masalah emosi.
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mengenalpasti punca kepada gejala anda.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor melalui atas talian.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.