
Sulit
5 tahun
Non stop bleeding selepas suntikan depo
hai Doctor,
saya berumur 30thn, selepas bersalin normal anak ke-3,saya kini mengalami pendarahan berpanjangan selepas mengambil 1st dose suntikan depo. start 1st dose pada bln 2,sampai sekarang masih berlaku pendarahan. kadang kala ada berhenti seketika 1 atau 2 hari je dalam sebulan. saya terus stop untuk 2nd dose pada bulan 5, memandangkan risau pendarahan yang non stop.
Ada tak rawatan alternatif untuk subur semula?? rasa regret ambil inj. depo, please help me…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kesan suntikan depo
- Kanser rahim atau cerviks sekiranya mempunyai sejarah keluarga, ujian pap smear positif
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.