Sulit
4 tahun
Normal atau tidak terasa senak pada awal kehamilan
Sy berumur 23 tahun… sy nak tanya normal atau tidak bagi awal kehamilan terasa senak dibawah perut?? bagaimana cara mengubatinya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda tentang masalah yang dihadapi, kami memahami kebimbangan anda. Senak adalah suatu keadaan yang mana berasa sesak atau penuh dalam perut akibat terlalu kenyang, ditumbuk dan sebagainya. Merujuk kepada keluhan anda, harus diketahui bahawa sebanyak lebih 50% ibu mengandung mempunyai keluhan yang sama pada trimester pertama kehamilan. Hal ini terjadi kerana seiring dengan pembesaran rahim pada kehamilan, tekanan dalam perut juga bertambah sehingga menolak perut dan esofagus keatas. Maka, ruang isi perut juga akan tertolak naik sehingga menimbulkan gejala-gejala seperti senak, mual, muntah, dan kembung.
Untuk itu, ada beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini, antaranya:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
Sekiranya anda mengalami salah satu gejala dibawah, adalah dinasihatkan untuk segera mendapatkan konsultasi doktor.
- nafsu makan berkurang
- berat badan berkurang
- pucat, letih, lesu
- muntah
- muntah darah atau berak darah
Gejala senak biasanya bertambah seiring pembesaran kandungan. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link
(DoctorOnCall) atau link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih