
Sulit
5 tahun
Normalkah air kencing berwarna jernih?
Saya wanita berusia 23 tahun dan ingin bertanya adakah normal untuk air kencing berwarna jernih selama lebih dari 1/2 minggu. Saya memang ada amalkan minum air masak yang banyak. Tetapi sebelum ni selepas bangun tidur air kencing berwarna kuning cair walau bagaimanapun baru-baru ni setelah amalkan minum air mputih yang banyak, air kencing saya berwarna jernih. Saya juga sering bangun tidur dengan keadaan perut masuk angin dan pucat. Saya ada gastrik, kurang darah merah(tapak tangan pucat) ,dan tekanan darah selalu rendah. Malah saya pernah 2 kali mengalami gula rendah sehingga 4.5 kadar bacaan gula.
Pada pandangan doktor, apakah kemungkinan penyakit yang saya hadapi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, air kencing yang berwarna jernih pada kebiasaanya adalah normal. Jika anda mempunyai gejala-gejala tambahan seperti sakit ketika kencing, darah ketika kencing, kerap kencing serta lendiran berwarna keluar ketika/sebelum kencing.
Untuk info dan maklumat tambahan, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.