Sulit
5 tahun
Notice “home surveillance” by KKM untuk Tabligh di Sri Petaling
Hi Doctor,
Baru baru ni ada salah seorang guru di tempat anak saya belajar menghadirkan diri di Tabligh Sri Petaling dimana KKM menggesa 5000 pengikut tabligh hadir membuat ujian saringan Covid-19.
Guru terlibat telah hadir ke Hospital Sungai buloh dan menyatakan result yang diambil adalah negative tetapi beliau menerima notice “home surveillance” yang menyatakan perlu sentiasa berada di rumah sepanjang tempoh pengawasan kesihatan.
adakah notice yang diterima guru ni adalah arahan “self quarantine” selama 14 hari tanpa mendedahkan diri pada sesiapa sahaja sehingga keputusan yang dibuat di makmal dikeluarkan?
Perlu ke guru hadir ke sekolah dan meneruskan proses pembelajaran dan aktiviti sekolah seperti biasa tanpa perlu bimbang akan keselamatan anak-anak kecil di sekolah?
Notice tersebut di peringkat PUI (Patient under Investigation).
Sila balas kerana guru masih menghadirkan diri ke sekolah seperti biasa walaupun arahan notis menyuruh guru sentiasa berada di rumah
terima kasih.
ibu yang kerisauan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Oleh kerana guru ini ialah PUI, beliau sepatutnya menjalani kuarantin di rumah sepanjang 14 hari. Hal ini kerana tempoh pengeraman Coronavirus adalah dalam jangka masa 2 hingga 14 hari. Tempoh pengeraman bermaksud jangka masa seorang terdedah kepada virus sehinggalah menunjukkan simptom. Ujian untuk COVID-19 akan dilakukan pada hari pertama dan hari ketiga belas. Kuarantin kendiri adalah satu arahan yang harus dipatuhi.
Saya berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































