
Sulit
4 tahun
Novolax Bisacodyl (laxative)
Saya berumur 14 tahun dan saya ingin mengetahui cara pengambilan ubat ini. Saya membeli ubat ini di dalam shopee beberapa hari lalu. Berapa biji dos yang perlu saya ambil? Bolehkah saya mengambil ubat lain seperti ubat kurus dengan laxative ini? Adakah ia mempunyai pantang larang?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Untuk pengetahuan anda, sebelum mengambil apa-apa jenis ubat, terdapat beberapa maklumat tentang status kesihatan anda dahulu sebelum boleh memberikan kesimpulan tentang ubat tersebut. Tanpa maklumat yang lengkap, sukar bagi kami untuk menentukan jika anda sesuai untuk ubat itu atau tidak kerana setiap ubat mempunyai kesan sampingan. Sebahagian individu boleh bertambah sakit jika mengambil ubat yang salah. Oleh itu, saya sarankan anda untuk pergi ke klinik berdekatan dan dapatkan dahulu nasihat daripada doktor jika sebelum mengambil apa-apa jenis ubat.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.