Sulit
3 tahun
Nyeri bahagian tulang kiri
saya nurain berumur 19 tahun , baru2 ni saya mengalami sedikit bengkak di kepala saya berdekatan tempat operate dan saya pernah buat operation di bahagian kepala saya waktu saya masih bayi , bukan itu sahaja. Sebelum Tiba hari raya Aidilfitri saya mengalami penurunan berat badan dan sakit bahagian tulang terutama tulang tangan kiri saya, rasanya nyeri, saya selalu merasa kebas, rasa tulang berdenyut dan menggigil secara tiba2 , saya mempunyai seorang ibu yang menghidap kanser payudara tahap 4 tapi sudah meninggal kerana kanser telah merebak ke seluruh tubuhnya, sekarang saya tgh datang bulan dn warna darah saya berwarna coklat hitam sebelum ni saya pernah mengambil pil kerana period saya tidak teratur , dan berat saya sekarang turun 29 kg , saya cuma ingin tahu apa punca semua ini, saya juga sering sakit kepala dan sering berasa marah. saya harap doktor dapat membalas soalan saya, apakah saya perlu rujuk ke doktor pakar?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Antaranya, adalah penting untuk mengetahui operasi di kepala anda terkait dengan penyakit apa, serta dijelaskan lanjut apakah yang dimaksudkan dengan sakit tulang seperti ngilu, bagaimana dengan kekuatan mengangkat objek dan sebagainya.
Memandangkan anda mempunyai banyak gejala dan keluhan, adalah amat digalakkan untuk anda mengunjungi doktor pakar agar gejala yang dihadapi tidak sampai menganggu rutin dan pekerjaan harian anda. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
























