
Sulit
4 tahun
Nyeri pada bahagian pinggang
Saya wanita berumur 20 tahun dan ada ovarian cyst di kiri ovari dan sebesar 3cm, saya ingin bertanya. Adakah normal bagi pesakit ovarian cyst mengalami nyeri pada bahagian pinggang sebelah kanan atau ini disebabkan saya selalu mengangkat benda berat ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi pada masa ini. Untuk maklumat anda, antara penyakit yang menyebabkan sakit di bahagian pinggang, seperti:
- Endometriosis atau adenomyosis
- Ovrian torsion
- Ovarian cyst
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory disease)
Buat masa ini kami sarankan anda untuk memantau gejala dan keadaan anda. Sekiranya keadaan semakin teruk dan anda demam, sila berjumpa dengan doktor segera.
Jika anda masih mempunyai soalan, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam daripada doktor kami. Terima kasih.