
Anonymous
5 tahun
Nyeri pada tumit kaki sebelah kanan
saya perempuan berumur 19 tahun sering berasa sakit pada tumit kaki sebelah kanan,sering sakit pada waktu pagi selepas bangun dari tidur…namun berat

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit tumit. Antaranya:
- Kecederaan
Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekanan - Terseliuh
- Plantar fasciitis
Keradangan tisu penghubung pada tapak kaki - Bursitis
Bursa adalah pelindung antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan bengkak dan sakit di tumit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.