
Sulit
5 tahun
Nyeri perut dan sakit bahagian kiri
Doktor sy 23 tahun and baru berkahwin bulan lepas , 2 hari beturut sy mengalami sakit perut sebelah pusat bahagian kiri, sy alami sakit yng mencucuk2 tapi sakit tu hnya dtg berkala, semasa sy berdiri adakah ia normal Bg wanita yang baru berkahwin ??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut sebelah kiri yang anda alami boleh disebabkan:
- Sembelit
- Ovulasi
- Kehamilan - dalam atau luar rahim
- Fibroid atau endometriosis dalam rahim/ovari
- Simptom awal radang apendiks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.