Sulit
3 tahun
Obat antiviral Acyclovir 400mg
Berapa lama harus minum obat antiviral utk hsv1 Dan selama ini saya sudah meminum Acyclovir 400mg selama 1 bulan tapi bagian mulut dalam selepas Bagun seperti mengelupas bagaimana kita tau HSV aktif atau tidak , apakah masih bisa berhubungan sex secara normal ,Pregnant & donated blood
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, durasi pengambilan acyclovir adalah bergantung kepada penilaian awal doktor berkenaan dengan jangkitan yang anda hadapi. Faktor seperti bahagian jangkitan dan kesihatan am perlu diambil kira dalam menentukan dos dan juga durasi pengambilan ubat. Sebaik-baiknya, anda tidak melalukan hubungan seks bagi mengelakkan ia menjangkiti orang lain.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.