
Sulit
4 tahun
Obesiti dan ubatan yang boleh diambil untuk membantu mengawal selera makan dan membantu penurunan berat badan bagi menstabilkan haid serta meningkatkan keyakinan diri dan kesihatan
Hai doktor, saya mengalami masalah obesiti di mana berat badan saya 98kg dan tinggi 162cm. Saya ingin turunkan berat badan untuk menstabilkan haid saya. Boleh kah doktor mengesyorkan saya doramine untuk membantu saya turunkan berat badan? Dan apakah kesan sampingan bagi doramine? Tkasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, ubat kurus badan yang anda tanya hanya boleh didapati dengan menggunakan preskripsi doktor akibat daripada kesan sampingan serius ke atas pengguna tanpa sebarang penyakit. Ubat tersebut selalunya diberi khas untuk pesakit dengan masalah berat badan berlebihan yang serius misalnya obesiti. Penurunan berat badan yang drastik daripada penggunaan ubat tersebut akan menyebabkan masalah seperti gangguan kitaran haid, masalah jantung dan gangguan usus serta kelenjar dan kesihatan mental.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk berjumpa doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.