
Anonymous
5 tahun
Obesity dan kehamilan
Sy wanita berusia lingkungan 43 tahun, saya berkeinginan utk hamil…dan sy berkahwin ketika saya berusia 39 tahun…
Dan berat badan sya 75 kg dan sya telah cuba perlbagai usaha utk hamil tpi keputusan tetap gagal…n dalam masa yg sama sya cuba utk turunka berat badan tetapi tidak berjaya sebaliknya ia maintain dan tidak turun…
Doktor ada suggestion bagaimana utk mengatasi masalah saya nie…
Dari Lina Saari

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, bagi menyelesaikan perihal kesuburan, anda dan pasangan boleh pergi berjumpa pakar sakit puan atau puan bersama-sama. Untuk menurunkan berat badan, usaha anda perlu merangkumi aspek senaman dan pemakanan.
Anda boleh amalkan diet suku-suku-setengah seperti yang disarankan KKM dan bersenam setiap hari sekurang-kurangnya 15 minit. Anda juga boleh menggunakan aplikasi yang boleh memantau pengambilan kalori dalam makanan anda. Untuk kesan terbaik, anda boleh dapatkan khidmat pakar pemakanan dan daftarkan diri ke gimnasium.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.