
Sulit
5 tahun
Obimin vs folic acid
Hello doc … Salam sejahtera… Saya berumur 26 tahun dan sedang pregnant anak pertama dalam 5 weeks. Saya sudah pergi ke kk untuk sahkan dan doc minta saya terus buka buku. Doc juga ada bagi saya obimin sebagai vitamin. Sedangkan saya sedang mengambil folic acid. Persoalan saya adakah obimin dan folic acid boleh dimakan serentak untuk first trimester ni? Manakah yg lebih perlu ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, fungsi obimin dan asid folik adalah berbeza. Obimin merupakan ubat zat besi untuk mengelakkan masalah anemia dalam kehamilan. Asid folik pula digunakan untuk mengelakkan masalah pembentukan saraf dalam bayi anda. Ini merupakan supleman rutin yang diberi kepada setiap ibu mengandung dan harus diambil pada masa yang sama.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.