
Sulit
4 tahun
Onani hingga kencing tersumbat
pada isnin lepas, ketika malam saya onani gunakan sabun mandi,selepas onani saya kencing dan tidur…selepas saya bangun pagi,saya tak boleh keluar air kencing…selepas pergi klinik doktor bagi anti biotik berserta ubat lawas kencing, baru saya boleh kencing…selepas boleh kencing, saya bersetubuh isteri saya,air mani tak boleh keluar dan terpaksa kencing keluar sekali air mani…keesokkan hari pula saya workout angkat berat,selepas senaman tu saya tak boleh kencing balik…kena makan balik anti biotik dan ural lawas kencing baru boleh kencing…boleh saya tau macam mana nak rawat dan nak sembuh sepenuhnya balik?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sukar untuk membuang air walaupun sudah memakan ubat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sukar kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Berdasarkan keterangan anda, anda telah memakan ubat yang telah diberikan doktor. Namun, masalah ini timbul semula apabila anda ejakulasi selepas onani dan bersetubuh. Kami memerlukan maklumat lanjut untuk membuat rumusan kerana maklumat yang diberikan adalah terhad.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Kami juga sarankan anda berhenti melakukan onani kerana perbuatan itu tidak elok dan menjejaskan produktiviti anda. Anda dinasihati untuk pergi ke kaunseling jika berminat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah