
Anonymous
5 tahun
Onani kerap kencing adakah bahaya
Saya seorang lelaki berumur 39 tahun. Saya mengalami masalah kerap kencing setiap setengah jam selepas onani tempoh hari. Saya kencing tak sakit cuma kerap kencing sahaja. Saya ada jumpa doktor, saya malu bercerita pasal onani. Saya cuma cakap pasal kerap kencing. Doktor cakap, tiada jangkitan. Jadi doktor tak bagi apa2 ubat. Adakah bahaya penyakit saya? Adakah ia akan hilang sendiri? Kalau hilang sendiri, memakan masa berapa lama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak tuan, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala kerap kencing, antaranya:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah prostat
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
- Kesan strok
Dalam kes anda, kami kurang pasti jika ianya berkaitan dengan tabiat onani, namun kajian menunjukkan tabiat onani boleh mengganggu sistem saraf anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.