Sulit
3 tahun
Onani menyebabkan sakit pundi kencing?
saya wanita dalam 20 an. saya pernah melakukan onani, bukan selalu tapi kadang2. saya ada terbaca dekat internet kesan buruk onani kpd wanita. antaranya ialah rasa sakit ketika hndak membuaang air kecil, haid tidak teratur dan masalah untuk turunkan berat badan.adakah ia benar? saya ada jgak rasa tak selesa bahagian pundi kencing. adakah kesan daripada onani. saya rasa risau kalau kesannya tu dari perbuatan onani. kalau ia benar. apa yang perlu saya lakukan
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sakit pada bahagian pundi kencing dan anda ingin mengetahui jika ini berkaitan dengan perbuatan onani. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit pundi kencing ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kencing, atau struktur sekitarnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Berkenaan perbuatan onani, anda perlu berhenti melakukan perbuatan itu kerana masalah onani boleh menyebabkan ketagihan serta menjejaskan produktiviti anda. Anda boleh cuba dengan sentiasa aktif melakukan aktiviti kesukanan atau mempunyai hobi berfaedah. Seterusnya, anda digalakkan untuk sentiasa mengisi masa lapang dengan keluarga atau kawan kawan bagi mengelakkan anda terjerumus untuk sentiasa melakukan onani.
Anda juga perlu sentiasa membersihkan kawasan alat sulit anda kerana wanita secara amnya mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi jangkitan di saluran kencing.
Tingkatkan kualiti hidup anda sebagai wanita moden dengan pemakanan berkhasiat!
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Harapkan masalah sakit pada pundi kencing tidak lagi berpanjangan? Rujuk pada pakar Urologi!