hannyasri19
6 tahun
Operation peha patah tulang atas lutut
SaYa berumur 20 nak tanya lah doctor agak2 kaki saya stabil semula berjalan seperti biasa itu berapa lama ye makan tahun ke Bulan
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anda baru sahaja menjalani pembedahan tulang peha, proses untuk kembali berjalan seperti normal adalah bergantung pada sekerap mana anda menjalani fisioterapi, berat badan dan pemakanan (makan makanan seimbang agar proses pemulihan tidak terganggu). Ia mungkin mengambil masa beberapa minggu hingga beberapa bulan. Sekiranya dalam tempoh beberapa bulan kaki anda masih tidak dapat berjalan dengan sempurna dan masih sakit, anda boleh merujuk semula kepada doktor anda untuk pemeriksaan lanjut. Sekian.





































