Sulit
5 tahun
Opk positif lepas period hari kedua . Adakah saya punya telur dh matang ? sebab sebelum ni saya tak jumpa waktu subur . bantu saya
Saya pernah keguguran . kemudian saya bercadang untuk mengandung semula . saya selalu check opk xjumpa waktu subur . tapi 22/1/2020 selepas 2hari saya habis period saya check opk positif . then 23/1/2020 negatif semula . adakah telur saya matang
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ujian OPK boleh menjadi positif dan negatif kembali jika anda sedang mengalami ovulasi. Secara amnya, ovulasi akan berlaku 12 - 36 jam selepas anda mendapat keputusan pertama positif OPK. Untuk mendapatkan keputusan yang paling tepat adalah dengan melakukan ujian darah di klinik berdekatan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.



































