annaroseanna87
6 tahun
Orang tua kerap demam
Selamat malam…ibu saya berumur 72tahun…kerap demam dan badan sentiasa lemah.pergi ke klinik hanya diberi ubat demam.Ibu saya juga mengadu kerap kencing sehingga tidak dapat dikawal.apa rawatan yang patut di
lakukan…terima kasih doktor
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala demam dan kerap kencing yang ibu anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran/pundi kencing
- Batu karang - jarang menyebabkan demam, namun boleh menyebabkan masalah kerap kencing
- Penyakit kencing manis - penyakit ini boleh menyebabkan seseorang itu mudah mendapat jangkitan kuman selain daripada kerap kencing
- Masalah rahim - seperti kanser rahim atau fibroid yang membesar dan menekan pundi kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ibu anda ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































