
Sulit
5 tahun
Orang tua Luka Radang di tapak Kaki
Saya punya Nenek 71 umur Dia Luka radang Sudah Satu bulan Dia Luka semasa Perkebun Dia Ada pergi Ke Klinik swasta Doktor Hanya Beri Pandol Dan antibiotik Dan Cuci Luka Tetapi Luka makin Teruk dalam ada bulat warna kuning dan merah
perlukah Pergi Ke hospital?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan nenek yang perlu ditanyakan. Merujuk kepada usia dan lokasi luka di tapak kaki, dikhuatiri terjadi jangkitan yang mana pada orang tua ia adalah lebih susah untuk baik memandangkan mereka cenderung mempunyai penyakit kronik seperti diabetes. Justeru, anda digalakkan untuk langsung bawa ke hospital agar dapat ditindak lanjuti.
Untuk info dan keterangan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.