Sulit
4 tahun
Orang yang elergic ubat wajibkah ambil vaksin?
hi…sya ingin mngetahui adakah masyarakat yg mmpunyai alahan trhadap ubat tertentu d wajibkan utk mngambil vaksin?mohon penerangan ya tq
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan pertanyaan anda, anda ingin mengetahui sekiranya individu yang mempunyai alahan terhadap ubat tertentu diwajibkan untuk mengambil vaksin. Kami akan cuba menerangkan kepada anda.
Untuk pengetahuan anda, individu dengan sejarah reaksi alergi yang teruk (anafilaksis) atau alahan terhadap vaksin, ubat, bahan suntikan atau punca lain yang tidak diketahui, perlu melakukan penilaian pravaksinasi di pusat pemberian vaksin atau hospital yang berdekatan.
Umumnya menurut KKM & JKJAV pengambilan vaksin di Malaysia adalah secara sukarela. Namun, tanpa perlindungan daripada vaksin, anda berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi yang serius jika dijangkiti COVID-19
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini pada doktor anda atau bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























