
Sulit
3 tahun
Ovamit hari kedua period
saya wanita 29 tahun, sedang dalam cycle ovamit. Maslaah saya, hari ini sudah hari kedua spotting, no bleeding untuk period saya. Adakah saya boleh makan ovamit? Sbb first day consume ovamit adalah hari kedua period tapi period saya kali ni tiada bleeding just spotting. Cek upt, negative

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kerisauan anda tentang pengambilan ubat Ovamit. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kitaran haid lewat boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Kehamilan
- Menyusu badan
- Ketidakseimbangan hormon
- Jadual atau aktiviti harian yang terlalu padat dan aktif
- Tekanan dan stres
- Sindrom polisistik ovari (Polycystic ovarian syndrome)
Selain itu, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan ujian kehamilan negatif seperti:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya pemeriksan fizikal boleh dibuat supaya punca masalah tersebut boleh diketahui.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.