Sulit
6 tahun
Ovarian Cyst bagi wanita yang memakai alat perancang iucd
Sy berumur 29 thn dan merupakan ibu kpd dua org anak…sy telah melahirkan anak kedua pd december 2018…pd februari 2019,sy telah memakai iucd sbgai alat perancang…pd bln ogos 2019, sy membuat ultrasound kerana tidak datang haid seperti selalu…doktor kata ovari kiri sy bengkak dan disebut ovarian cyst…saiz 3cm…dan kedudukan iucd sy rendah…adakah pemakaian iucd menjadi sebab ovari sy bengkak? Perlukah sy membuang iucd dan mencari kaedah perancang yg lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ovarian cyst adalah kantung yang dipenuhi dengan cecair atau tisu lain yang terbentuk di dalam atau pada ovari. Ovarian cyst adalah penyakit biasa yang boleh berlaku pada mana-mana fase usia wanita. Kebanyakan ovarian cyst adalah jinak (bukan kanser) dan pergi sendiri tanpa rawatan. Hal ini kerana, kebanyakan cyst adalah fungsional yang mana bermaksud ia akan hilang sendiri dalam 6-8 minggu tanpa perlu perawatan.
Sesetengah ovarian cyst boleh menyebabkan rasa sakit yang lemah atau tajam di dalam perut dan sakit. Ovarian cyst yang lebih besar boleh menyebabkan ovari terputar. Justeru, sekiranya anda mulai berasa gejala sakit dan tidak selesa, adalah digalakkan untuk memeriksa ulang keadaan cyst anda dan berbincang dengan doktor tentang penggunaan kaedah perancang lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




































