
Sulit
4 tahun
Ovarian Cyst sebelah kanan mengandungi darah dan lelemak
Hello Dr,
Saya wanita berumur 24 tahun dan mempunyai masalah kitaran haid semenjak bangku sekolah (13 tahun). Saya mengetahui saya mempunyai cyst pada tahun 2019 selepas menjalani ultrasound di sebuah poliklinik di daerah saya. Ultrasound yg pertama mendapati bahawa cyst saya berukuran 4.7cm x 4.7cm pada ovari sebelah kanan. Selepas tiga bulan, saya menjalani ultrasound kedua dan mendapati ukuran pd masa itu adalah 4.++cm x 5.++cm (maaf, saya lupa ukuran sebenar) Dalam tempoh 3 bulan itu saya hanya datang haid sekali dalam tempoh beberapa hari, selepas consume ubat perancang kehamilan yang diberikan semasa ultrasound yg pertama.
Selepas ultrasound kedua, Dr mengarahkan saya untuk cuba mengurangkan berat badan (saya overweight bermula umur 18 tahun ) dan datang semula untuk ultrasound ketiga selepas tiga bulan.
Disebabkan pandemik ini, saya tidak datang untuk ultrasound ketiga dan juga saya agak ragu-ragu dengan jawapan Dr tersebut kerana bagi saya beliau kurang memberikan informasi berkenaan ovarian cyst ini.
Setahun berlalu, saya sudah cuba mengurangkan pengambilan junk food (sharing daripada rakan facebook yg pernah mempunyai cyst) tetapi agak sukar menurunkan berat badan (kurang disiplin )
Soalan saya disini, apakah pihak Dr mempunyai penjelasan atau nasihat lain yang mungkin boleh saya praktikan sementara menunggu penurunan kes covid19 ini untuk hadir semula mendapatkan rawatan?
Beberapa bulan yang lepas, saya ada meminum jus buah berry iaitu Jus Deina dan saya datang haid setiap bulan walaupun dengan jumlah yg sedikit. Saya consume jus tersebut untuk beberapa bulan (serta berhenti minum kopi) dan lama kelamaan tempoh haid saya bertambah kepada hampir dua minggu . Semenjak dua bulan yang lepas saya berhenti mengambil jus tersebut kerana risau tempoh haid semakin bertambah. Setelah itu, saya mengurangkan pengambilan nasi, junk food dan minuman berkafein.
Bulan ini, saya mula datang haid pada 15/02/2021 dengan jumlah yg sedikit sehinggalah pada pagi 21/02/2021 dimana pendarahan agak banyak dan saya perlu menukar pad sekali sejam. Saya tidak merasakan sebarang sakit yang teruk pd ketika itu. Pada waktu petang dan malam, darah haid kembali normal. Pada
Waktu tengah hari 22/02/2021, saya tiba-tiba sakit senggugut, darah haid dan darah beku keluar dengan banyak sehingga menyebabkan seluar saya turut basah seperti orang yang keguguran dan berlanjutan sehingga kira-kira 4 petang. Saya berasa sangat risau akan kesihatan saya tetapi saya juga risau untuk mengunjungi hospital / klinik semasa pandemik ini
Soalan saya, adakah berkemungkinan besar itu berpunca daripada pengecutan cyst /perubahan hormon yg menyebabkan darah haid yang terkumpul selama saya terhenti datang haid keluar sekaligus? Saya masih datang haid hingga sekarang.
Harap pihak Dr boleh memberikan nasihat pd saya
Saya mohon maaf sekiranya penerangan saya terlalu details atau kurang difahami.
Sekian, terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang terlalu banyak atau haid berlebihan. Untuk makluman anda , haid berlebihan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Perdarahan disfungsional, atau dysfunctional uterine bleeding
- Masalah kelenjar tiroid terutamanya kekurangan hormon tiroid atau hypothyroidism.
- Fibroid uterus. Fibroid merupakan ketumbuhan yang berlaku di dalam dinding rahim
- Endometriosis, tisu-tisu rahim terletak di luar rahimmenyebabkan pendarahan yang berat dan menyakitkan
- Polip juga merupakan sejenis ketumbuhan pada rahim
- Sindrom polisistik ovari
- PID (Pelvic inflammatory disease), Jangkitan kelamin boleh membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai penyakit radang pelvik atau Pelvic Inflammatory Disease (PID) boleh menyebabkan gejala seperti sakit perut dan menorrhagia.
- Kanser serviks atau kanser rahim
Sekiranya masalah in berterusan dan bertambah teruk sehingga anda berhadapan dengan simptom dibawah, kami sarankan anda untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya :
- Sesak nafas
- Kelihatan pucat
- Pening kepala
- Pitam
- Jantung berdegup kencang
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat memerlukan maklumat lanjut berserta pemeriksaan dengan teliti. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!