
Sulit
4 tahun
Overdue tempoh bersalin
Assalamualaikum & Selamat sejahtera,
Hari ini kandungan saya telah memasuki 40w4d. Saya amat risau kerana masih belum menunjukkan tanda akan bersalin. Bermacam-macam cara telah dilakukan termasuk melakukan senaman dan melakukan hubungan seksual dengan suami. Saya ingin bersalin secara normal. Mohon bantuan dan pandangan pakar apa yang patut saya lakukan untuk mempercepatkan proses bersalin. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami sarankan anda untuk pergi ke hospital dengan segera kerana kami bimbang terhadap komplikasi kandungan yang melebihi bulan. Kami tidak dapat memberikan rekomendasi mengenai langkah apa yang perlu dilakukan oleh anda tanpa melihat doktor terlebih dahulu.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan langkah seterusnya dapat dilakukan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.