
Sulit
3 tahun
Overthingking or not?
Saya wanita berusia 28 tahun. Masalah yang saya sering hadapi ialah sukar untuk tidur malam. Menjelang malam saya selalu memikirkan nasib hidup saya & apa kata orang terhadap saya dari zaman saya belajar, bekerja hingga tidak bekerja sekarang. Ada satu tahap saya terdengar bisikan yang negative. Dan ada masa saya sedih & takut tanpa sebab. Dulu ada juga saya ambil ubatan campur sebab nak dapat tidur yang lena. Tapi sekarang tidak boleh disebabkan ubat campur yg pernah dimakan dulu beri effect allergic. Saya tak faham masalah sebenar yg saya hadapi. Saya perlu refer ke mana untk masalah saya ini? Dan apa perlu saya buat?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami kesukaran untuk tidur kerana anda terlalu risau mengenai hidup anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kerisauan yang melampau boleh disebabkan oleh gangguan emosi yang berpunca daripada masalah kesihatan mental ataupun fizikal. Masalah berkaitan emosi boleh menunjukkan kesan seperti kesukaran tidur dan sakit-sakit badan atau kepala.
Antara punca-punca yang boleh kami pertimbangkan untuk masalah anda ialah :
- Gangguan tekanan
- Masalah tiroid
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Kemurungan
- Keresahan
- Bipolar mood disorder
Sekiranya masalah kesihatan mental dikawal, simptom-simptom fizikal lain akan hilang. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada pakar psikiatri ataupun kaunsellor untuk mengetahui punca masalah anda yang sebenarnya supaya rawatan dapat diberikan. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi dan sulit secara atas talian bersama doktor pakar psikiatri kami.
Anda boleh menghubungi talian di bawah untuk mendapatkan bantuan.
Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
MyCareCov19
- For emotional support
- Government established
- Email: mycarecov19@islam.gov.my
- Language; Malay
- Hotline: 03-8870 519/7527/7528
BEFRIENDERS
- Hotline numbers:
KL: 03-7956 8145 (24 hours)
Ipoh: 05-547 7933 (4pm to 11pm)
Penang: 04-281 5161 (3pm to midnight) - E-Mail: sam@befrienders.org.my
- Website: https://www.befrienders.org.my/
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri