
Sulit
3 tahun
Overthinking masalah belum terjadi
Saya wanita 30an…bila ada masalah saya selalu overthiking tentang masalah itu sampai sakit kepala…saya cuba berfikiran positif tapi tidak boleh…masalah itu sering berlegar2 dalam pilihan saya sampai saya rasa saya tak berguna, saya jadi pendiam, lapar tp tiada selera…tp bila keesokan hari saya oleh seperti biasa…boleh pikir positif untuk masalah saya itu.

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah “overthinking” yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Tekanan (depressi)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah bipolar
- Masalah personaliti
- Masalah ADHD
Bagi mengurangkan masalah ini dan tidak membiarkan ianya berlarutan, saya mengesyorkan anda untuk mengambil langkah langkah berikut:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor